C
COVA DESIGN & CONTRACT Sdn Bhd
Organisation 1 case
About COVA DESIGN & CONTRACT Sdn Bhd
COVA DESIGN & CONTRACT Sdn Bhd appears as a party in 1 judgment in the MY Case Law database, spanning August 2025 to August 2025. COVA DESIGN & CONTRACT Sdn Bhd appeared as appellant in 1 case. Cases span the High Court (1).
How many court cases involve COVA DESIGN & CONTRACT Sdn Bhd?
COVA DESIGN & CONTRACT Sdn Bhd appears in 1 published judgment from August 2025 to August 2025. Most commonly as appellant (1 cases).
Practice Areas
RAYUAN SIVIL: Tuntutan utama melibatkan Intrabuild Concept Sdn Bhd selaku plaintif dengan defendan, Cova Design & Contract Sdn Bhd untuk mendapatkan baki bayaran bagi kerja-kerja yang dijalankan oleh plaintif berjumlah RM84,255.52 berserta faedah dan kos. Defendan merupakan kontraktor utama bagi projek Cadangan Pemajuan 3 Blok Pangsapuri Perkhidmatan (1,843 unit) yang mengandungi 3 blok pangsapuri perkhidmatan terdiri daripada Blok A (587 unit), Blok B 28 tingkat (725 unit), Blok C 28 tingkat (531 unit), Blok 1 Tingkat Kemudahan dan 7 Tingkat Podium Tempat Letak Kereta dan 2 tingkat sub-basement berserta kemudahan berkaitan di atas Lot PTD 25671 (sebahagian Lot Asal 64369) Jalan Sagu 36, Taman Daya, Mukim Terbau, Daerah Johor Bahru, Johor untuk Tetuan Casa Andaman Sdn Bhd. Defendan melantik plaintif sebagai sub-kontraktor bagi kerja-kerja pemasangan perabot yang dinyatakan dalam Surat Pelantikan Pertama bertarikh 12.2.2019. Kerja-kerja telah diselesaikan oleh plaintif dan invois-invois dikeluarkan bagi menuntut fi kontrak berbaki RM335,638.80 yang merangkumi Tuntutan Progres No. 13 bagi RM222,339.75 bertarikh 18.4.2020, Tuntutan Progres Akhir RM35,564.25 bertarikh 15.6.2020 dan Tuntutan Akhir bagi pelepasan tahanan bertarikh 11.9.2020 berjumlah RM77,734.80. Bagi melunaskan invois-invois tersebut, defendan memberikan 6 cek tertunda kepada plaintif. Kesemua cek tersebut berjaya ditunaikan oleh plaintif kecuali cek kelima dan keenam berjumlah RM94,255.52 yang dikembalikan oleh pihak bank dengan catatan Payment Stopped/ Payment Countermanded (Technical). Defendan selanjutnya membayar RM10,000 kepada plaintif melalui cek No. 863646 bertarikh 28.5.2021 sebagai pembayaran sebahagian untuk cek kelima. Namun defendan gagal menjelaskan baki RM84,255.52 kepada plaintif sehingga menyebabkan plaintif memfailkan tuntutan di Mahkamah. Defendan memasukkan tuntutan balas yang antara lain memplidkan selain daripada fi kontrak yang dipersetujui dalam Surat Pelantikan Kedua, kerja-kerja hendaklah disiapkan oleh plaintif tertakluk kepada syarat bahawa pada atau sebelum 15.3.2020 bagi Tingkat 7 sehingga Tingkat 15 (152 unit); dan pada atau sebelum 5.2.2020 bagi Unit khas No. C-07-01, C-0709, C-07-15, C-08-19, C-09-06, C-09-12, C-10-15; C-12-15 dan C-14-07. 1 UNDANG-UNDANG KONTRAK: Sama ada berlaku kelewatan oleh plaintif dalam menyiapkan Unit-unit Biasa dan sama ada defendan berhak menuntut LAD terhadap plaintif 1