C
Chye Yian Soang
Person 2 cases
About Chye Yian Soang
Chye Yian Soang appears as a party in 2 judgments in the MY Case Law database, spanning September 2025 to October 2025. Chye Yian Soang appeared as defendant in 1 case, judgment debtor in 1 case. Cases span the High Court (2).
How many court cases involve Chye Yian Soang?
Chye Yian Soang appears in 2 published judgments from September 2025 to October 2025. Most commonly as defendant (1 cases).
Practice Areas
Perbankan dan Kewangan 1 Kebankrapan 1 JD merupakan penjamin kepada Travelers Tours (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penghutang Utama”) bagi kemudahan pembiayaan yang diberikan oleh JC. Setelah Penghutang Utama digulungkan melalui perintah bertarikh 18.1.2023, JC memohon dan memperoleh kebenaran Mahkamah pada 13.6.2023 untuk memulakan prosiding kebankrapan terhadap JD sebagai penjamin di bawah s.5(3)(b) dan s.5(4) Akta Insolvensi 1967. Notis Kebankrapan difailkan pada 5.4.2023 dan Petisyen Kebankrapan pada 27.9.2023. JD gagal mematuhi Notis tersebut dan perbuatan kebankrapan berlaku pada 14.8.2023. JD kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan kedua-dua Notis dan Petisyen pada 27.10.2024 1 (iii) Sama ada JD mempunyai merit substantif untuk mengetepikan Notis dan Petisyen Kebankrapan. Keputusan: Rayuan JD ditolak. Alasan: (1) Permohonan JD untuk mengetepikan Notis Kebankrapan difailkan lebih setahun selepas penyampaian sah Notis tersebut tanpa kebenaran Mahkamah dan oleh itu tidak kompeten. Peruntukan tempoh tujuh (7) hari di bawah Kaedah 92(2)(a) dan 93 Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017 adalah bersifat mandatori. (Public Bank Bhd v Chan Chim Fook 2019 MLJU 1456; Gerald Giam Seng Teck; ex parte Prime Credit Leasing Sdn Bhd 1999 MLJU 582). (2) Mahkamah berpuas hati bahawa JC telah memenuhi syarat “exhausted all means” sebagaimana kehendak s.5(4) AI 1967. Penghutang Utama telah digulung dan tiada prospek realistik bagi pemulihan hutang; perintah penggantungan yang diperolehi kemudian tidak menghalang tindakan kebankrapan terhadap JD dan telah luput apabila JD gagal mematuhi terma bayaran RM60,000 sebulan. (Hong Leong Bank Bhd v Khairulnizam Jamaludin 2016 7 CLJ 335; Hong Leong Bank Bhd v Ong Moon Huat 2018 1 LNS 1612; OCBC Bank (Malaysia) Bhd v Tan Chin Lam 2022 MLJU 1823). (3) JD gagal menunjukkan sebarang merit substantif untuk mengenepikan Notis atau Petisyen Kebankrapan. Hutang yang menjadi asas tindakan ini berpunca daripada penghakiman sah yang belum diketepikan atau digantung. Tiada bukti ketidakteraturan atau penyalahgunaan proses (Re Lim Sow Hoon; Ex parte Malayan Banking Bhd 2018 1 LNS 1611). 1 Mahkamah menolak rayuan JD dan mengesahkan keputusan Penolong Kanan Pendaftar bertarikh 25.3.2025. Kos rayuan diberikan kepada JC RM5000.00. 1