PEMIUTANG PENGHAKIMAN AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD PENGHUTANG PENGHAKIMAN CHYE YIAN SOANG

ja-29ncc-162-04-2023 High Court (Mahkamah Tinggi) 8 October 2025 • JA-29NCC-162-04/2023

Catchwords

Kebankrapan — Rayuan — Rayuan oleh Penghutang Penghakiman (JD) terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar menolak permohonan untuk membatalkan Notis Kebankrapan dan Petisyen Kebankrapan — Sama ada permohonan difailkan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas penyampaian Notis Kebankrapan — Sama ada Pemiutang Penghakiman (JC) telah “exhausted all means” di bawah s.5(4) Akta Insolvensi 1967 — Sama ada Notis Kebankrapan dan Petisyen Kebankrapan sah dan teratur — Sama ada JD mempunyai merit substantif untuk mengenepikan Notis dan Petisyen — Akta Insolvensi 1967, ss.3(1)(i), 5(3)(b), 5(4), 5(5), 5(6), 5(7) — Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017, kaedah 92(1)(c), 92(2)(a), 93, 97, 101. JD merupakan penjamin kepada Travelers Tours (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penghutang Utama”) bagi kemudahan pembiayaan yang diberikan oleh JC. Setelah Penghutang Utama digulungkan melalui perintah bertarikh 18.1.2023, JC memohon dan memperoleh kebenaran Mahkamah pada 13.6.2023 untuk memulakan prosiding kebankrapan terhadap JD sebagai penjamin di bawah s.5(3)(b) dan s.5(4) Akta Insolvensi 1967. Notis Kebankrapan difailkan pada 5.4.2023 dan Petisyen Kebankrapan pada 27.9.2023. JD gagal mematuhi Notis tersebut dan perbuatan kebankrapan berlaku pada 14.8.2023. JD kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan kedua-dua Notis dan Petisyen pada 27.10.2024 — lebih satu tahun selepas perbuatan kebankrapan dilakukan. Penolong Kanan Pendaftar menolak permohonan tersebut dengan kos RM500. JD merayu kepada Hakim Dalam Kamar pada 25.3.2025 dan rayuan ditolak dengan kos RM5,000. JD kemudian merayu ke Mahkamah ini. Isu: (i) Sama ada permohonan JD difailkan dalam tempoh tujuh (7) hari yang diperuntukkan oleh undang-undang; (ii) Sama ada JC telah “exhausted all means” terhadap Penghutang Utama di bawah s.5(4) Akta Insolvensi 1967; dan (iii) Sama ada JD mempunyai merit substantif untuk mengetepikan Notis dan Petisyen Kebankrapan. Keputusan: Rayuan JD ditolak. Alasan: (1) Permohonan JD untuk mengetepikan Notis Kebankrapan difailkan lebih setahun selepas penyampaian sah Notis tersebut tanpa kebenaran Mahkamah dan oleh itu tidak kompeten. Peruntukan tempoh tujuh (7) hari di bawah Kaedah 92(2)(a) dan 93 Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017 adalah bersifat mandatori. (Public Bank Bhd v Chan Chim Fook [2019] MLJU 1456; Gerald Giam Seng Teck; ex parte Prime Credit Leasing Sdn Bhd [1999] MLJU 582). (2) Mahkamah berpuas hati bahawa JC telah memenuhi syarat “exhausted all means” sebagaimana kehendak s.5(4) AI 1967. Penghutang Utama telah digulung dan tiada prospek realistik bagi pemulihan hutang; perintah penggantungan yang diperolehi kemudian tidak menghalang tindakan kebankrapan terhadap JD dan telah luput apabila JD gagal mematuhi terma bayaran RM60,000 sebulan. (Hong Leong Bank Bhd v Khairulnizam Jamaludin [2016] 7 CLJ 335; Hong Leong Bank Bhd v Ong Moon Huat [2018] 1 LNS 1612; OCBC Bank (Malaysia) Bhd v Tan Chin Lam [2022] MLJU 1823). (3) JD gagal menunjukkan sebarang merit substantif untuk mengenepikan Notis atau Petisyen Kebankrapan. Hutang yang menjadi asas tindakan ini berpunca daripada penghakiman sah yang belum diketepikan atau digantung. Tiada bukti ketidakteraturan atau penyalahgunaan proses (Re Lim Sow Hoon; Ex parte Malayan Banking Bhd [2018] 1 LNS 1611). Mahkamah menolak rayuan JD dan mengesahkan keputusan Penolong Kanan Pendaftar bertarikh 25.3.2025. Kos rayuan diberikan kepada JC RM5000.00.

Practice Areas

Kebankrapan JD merupakan penjamin kepada Travelers Tours (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penghutang Utama”) bagi kemudahan pembiayaan yang diberikan oleh JC. Setelah Penghutang Utama digulungkan melalui perintah bertarikh 18.1.2023, JC memohon dan memperoleh kebenaran Mahkamah pada 13.6.2023 untuk memulakan prosiding kebankrapan terhadap JD sebagai penjamin di bawah s.5(3)(b) dan s.5(4) Akta Insolvensi 1967. Notis Kebankrapan difailkan pada 5.4.2023 dan Petisyen Kebankrapan pada 27.9.2023. JD gagal mematuhi Notis tersebut dan perbuatan kebankrapan berlaku pada 14.8.2023. JD kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan kedua-dua Notis dan Petisyen pada 27.10.2024 (iii) Sama ada JD mempunyai merit substantif untuk mengetepikan Notis dan Petisyen Kebankrapan. Keputusan: Rayuan JD ditolak. Alasan: (1) Permohonan JD untuk mengetepikan Notis Kebankrapan difailkan lebih setahun selepas penyampaian sah Notis tersebut tanpa kebenaran Mahkamah dan oleh itu tidak kompeten. Peruntukan tempoh tujuh (7) hari di bawah Kaedah 92(2)(a) dan 93 Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017 adalah bersifat mandatori. (Public Bank Bhd v Chan Chim Fook 2019 MLJU 1456; Gerald Giam Seng Teck; ex parte Prime Credit Leasing Sdn Bhd 1999 MLJU 582). (2) Mahkamah berpuas hati bahawa JC telah memenuhi syarat “exhausted all means” sebagaimana kehendak s.5(4) AI 1967. Penghutang Utama telah digulung dan tiada prospek realistik bagi pemulihan hutang; perintah penggantungan yang diperolehi kemudian tidak menghalang tindakan kebankrapan terhadap JD dan telah luput apabila JD gagal mematuhi terma bayaran RM60,000 sebulan. (Hong Leong Bank Bhd v Khairulnizam Jamaludin 2016 7 CLJ 335; Hong Leong Bank Bhd v Ong Moon Huat 2018 1 LNS 1612; OCBC Bank (Malaysia) Bhd v Tan Chin Lam 2022 MLJU 1823). (3) JD gagal menunjukkan sebarang merit substantif untuk mengenepikan Notis atau Petisyen Kebankrapan. Hutang yang menjadi asas tindakan ini berpunca daripada penghakiman sah yang belum diketepikan atau digantung. Tiada bukti ketidakteraturan atau penyalahgunaan proses (Re Lim Sow Hoon; Ex parte Malayan Banking Bhd 2018 1 LNS 1611). Mahkamah menolak rayuan JD dan mengesahkan keputusan Penolong Kanan Pendaftar bertarikh 25.3.2025. Kos rayuan diberikan kepada JC RM5000.00.

Judges (1)

Parties (2)

Case Significance

PEMIUTANG PENGHAKIMAN AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD PENGHUTANG PENGHAKIMAN CHYE Y... is a High Court (Mahkamah Tinggi) decision dated October 8, 2025 (citation: ja-29ncc-162-04-2023). The case was decided by Manira binti Mohd Nor.

Key issues: Mahkamah menolak rayuan JD dan mengesahkan keputusan Penolong Kanan Pendaftar bertarikh 25.3.2025. Kos rayuan diberikan kepada JC RM5000.00..

What was the outcome of PEMIUTANG PENGHAKIMAN AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD PENGHUTANG PENGHAKIMAN CHYE Y...?

PEMIUTANG PENGHAKIMAN AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD PENGHUTANG PENGHAKIMAN CHYE Y... is a High Court decision dated October 8, 2025. The case was heard by Manira binti Mohd Nor. See the full judgment for details.