S
STAR EFFORT Sdn Bhd
Organisation 1 case
About STAR EFFORT Sdn Bhd
STAR EFFORT Sdn Bhd appears as a party in 1 judgment in the MY Case Law database, spanning March 2025 to March 2025. STAR EFFORT Sdn Bhd appeared as defendant in 1 case. Cases span the High Court (1).
How many court cases involve STAR EFFORT Sdn Bhd?
STAR EFFORT Sdn Bhd appears in 1 published judgment from March 2025 to March 2025. Most commonly as defendant (1 cases).
Practice Areas
1 Ini merupakan permohonan oleh Plaintif di dalam Lampiran 8 untuk kebenaran memasukkan Penghakiman Terus dalam tindakan ini terhadap Defendan bagi jumlah RM17,129,924.57, iaitu amaun yang diindorskan pada Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan dengan faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi dan kos. 1 2 Defendan tidak hadir semasa pendengaran permohonan ini pada 21 Mac, 2025. 1 3 Namun demikian, untuk bertindak adil terhadap Defendan, Mahkamah telah meneliti serta mengambil kira hujahan yang dibangkitkan oleh Defendan dalam Afidavit Balasan Defendan bertarikh 13 Disember, 2024 (di dalam Lampiran 10) serta Hujahan Bertulis Defendan bersama Ikatan Autoriti Defendan (di dalam Lampiran 16 dan Lampiran 17) sebelum memutuskan untuk membenarkan permohonan Plaintif dengan kos sebanyak RM3,000.00 1 4 Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Defendan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan melalui Lampiran 19 terhadap keputusan Mahkamah ini yang membenarkan permohonan Plaintif untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya. 1 5 Berikut adalah alasan penghakiman Mahkamah ini untuk Lampiran 8. 1