MAR YANNI BINT CHE LAH v PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA
Catchwords
Aturan 55 & 62 Kaedah Kaedah Mahkamah 2012 - Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen diakhir perbicaraan penuh - Plaintif menuntut jumlah terhutang di atas satu kontrak tender terhadap kedua dua Defenden - Tuntutan Plaintif ditolak - Rayuan terhadap Defenden Kedua - Isu utama yang berbangkit pada peringkat Rayuan adalah samada penyerahan Notis Rayuan dan Rekod Rayuan secara komunikasi elektronik iaitu e- mail adalah satu serahan yang sah - samada terdapat kegagalan pematuhan peraturan dan Kaedah-Kaedah Mahkamah Keputusan - penyerahan secara e mail dibawah Aturan 62 Kaedah 6 (1) (cc) tidak sah kerana masih belum ada arahan amalan yang di terbitkan seperti mana di peruntukan di bawah Aturan itu - apa-apa penyerahan secara elektronik adalah tertakluk kepada pematuhan kepada arahan amalan - Mahkamah juga mendapati tidak ada merit di atas isu substantif - Defenden Kedua bukan pihak kepada kontrak dan tiada keterangan bahawa Defenden Pertama telah diberi kuasa oleh Defenden Kedua untuk memasuki tender kontrak atas nama atau bagi pihak Defenden Kedua - Rayuan ditolak dengan kos.
Practice Areas
Judges (1)
Judgment
Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.
Read on eJudgmentSource: eJudgment (ma-12bc-2-04-2024)