PEMIUTANG PENGHAKIMAN AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD PENGHUTANG PENGHAKIMAN NG CHEE KAE

ja-29ncc-163-04-2023 High Court (Mahkamah Tinggi) 8 October 2025 • JA-29NCC-163-04/2023

Catchwords

INSOLVENSI – Permohonan Penghutang Penghakiman untuk membatal dan mengetepikan Notis Kebankrapan dan Petisyen Kebankrapan – Isu kelewatan memfailkan permohonan untuk mengetepikan Notis Kebankrapan – Kegagalan mematuhi tempoh mandatori tujuh (7) hari di bawah s.3(1)(i) Akta Insolvensi 1967 dan Kaedah 92–93 Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017 – Sama ada permohonan adalah tidak kompeten dan terhalang oleh undang-undang (time-barred) – Sama ada Notis Kebankrapan bertarikh 5.4.2023 dan Petisyen Kebankrapan bertarikh 27.9.2023 adalah sah, teratur dan berasaskan penghakiman yang masih berkuat kuasa – Ketiadaan sebarang tuntutan balas, set-off atau pembelaan substantif oleh Penghutang Penghakiman – Dakwaan penyalahgunaan proses mahkamah (abuse of process) tidak dibuktikan – Notis Kebankrapan dan Petisyen Kebankrapan dikekalkan – Rayuan ditolak. INSOLVENSI – Penjamin “other than social guarantor” – Permohonan kebankrapan terhadap penjamin di bawah s.5(3), (4), (5) dan (6) Akta Insolvensi 1967 – Keperluan mendapatkan kebenaran Mahkamah (leave) sebelum memulakan prosiding kebankrapan terhadap penjamin – Tafsiran kewajipan pemiutang untuk “menghabiskan segala cara” (exhausted all modes of execution and enforcement) terhadap Penghutang Utama yang telah digulung – Penggulungan syarikat dan perintah penggantungan sementara – Tiada prospek realistik untuk pemulihan hutang melalui penggulungan – Pemiutang Penghakiman berhak meneruskan tindakan kebankrapan ke atas penjamin – Syarat di bawah s.5(4) dipenuhi. PROSEDUR SIVIL – Rayuan kepada Hakim Dalam Kamar daripada keputusan Penolong Kanan Pendaftar – Rayuan didengar semula (rehearing) seolah-olah perkara datang kali pertama di hadapan Hakim – Prinsip dalam Tuan Haji Ahmed Abdul Rahman v Arab-Malaysian Finance Berhad [1996] 1 CLJ 241 dan Re: Sulaiman Sahari; Ex Parte: Hafiz Khalid & Anor [2019] 1 LNS 1138 – Tiada asas untuk campur tangan dengan budi bicara PKP – Keputusan PKP menolak permohonan Penghutang Penghakiman dikekalkan – Rayuan Penghutang Penghakiman ke Mahkamah Tinggi ditolak dengan kos.

Practice Areas

Judges (1)

Parties (2)

Case Significance

PEMIUTANG PENGHAKIMAN AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD PENGHUTANG PENGHAKIMAN NG CHE... is a High Court (Mahkamah Tinggi) decision dated October 8, 2025 (citation: ja-29ncc-163-04-2023). The case was decided by Manira binti Mohd Nor.

What was the outcome of PEMIUTANG PENGHAKIMAN AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD PENGHUTANG PENGHAKIMAN NG CHE...?

PEMIUTANG PENGHAKIMAN AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD PENGHUTANG PENGHAKIMAN NG CHE... is a High Court decision dated October 8, 2025. The case was heard by Manira binti Mohd Nor. See the full judgment for details.