MOHAMAD AMIN BIN SHAHUL HAMID v Pendakwa Raya
Catchwords
Rasuah — Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 - Penjawat awam — Permintaan dan penerimaan wang suapan sebagai dorongan supaya tidak menjatuhkan hukuman penjara — Sama ada sabitan selamat — Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, ss 16(a)(B), 17(a), 50(1); Kanun Keseksaan, s 165. Keterangan — Keterangbolehan rakaman audio dan transkripsi — Rantaian keterangan dan pengesahan suara — Sama ada kegagalan mengemukakan CCTV mematahkan kes pendakwaan — Memandangkan pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan-keterangan utama dan bukan sekunder dalam membuktikan pertuduhan terhadap perayu, maka ketiadaan rakaman CCTV tidak langsung mendatangkan sebarang kesan negatif kepada kes pihak Pendakwaan - Rakaman CCTV adalah keterangan sokongan - Akta Keterangan 1950, ss 90A, 114(g) Amalan dan Tatacara — Pertuduhan — Sama ada kegagalan menyatakan sifat kesalahan dengan betul menyebabkan pertuduhan cacat atau mengelirukan — Sama ada percanggahan keterangan saksi material — Kanun Tatacara Jenayah, ss 152–156 dirujuk - tiada kecacatan dalam pertuduhan. Digest: Rayuan perayu ditolak - Prinsip hukuman - Ganesan a/l Nachiappan v PP [2000] 3 MLJ 244, CA, Tan Sri Rahim Noor v PP [2001] 3 MLJ 1, CA, PP v Dato’ Waad Mansor [2005] 1 CLJ 421, PP v Hamidon Mat Yatim [1995] 3 CLJ 724 - Tiada keperluan Mahkaman mengganggu keputusan mahkamah bicara mengenai hukuman kerana tiada bukti bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah “manifestly excessive or illegal or not a proper sentence having regard to all facts disclosed or that the trial court has clearly erred in applying correct principles in the assessment of sentence.
Practice Areas
Judges (1)
Judgment
Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.
Read on eJudgmentSource: eJudgment (ca-42ra-3-03-2022)