OCK M&E SDN BHD v 1. ) SERI MUTIARA DEVELOPMENT SDN BHD 2. ) LIM TIAN HUAT 3. ) CHIANG TENG GUAN
Catchwords
SAMAN PEMULA: Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan untuk mendapatkan deklarasi berhubung dua unit pangsapuri di Kuchai East Residence yang terbit berikutan pertikaian antara plaintif dengan Axisjaya Sdn Bhd bermula dari Tindakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam Guaman No. BA-22C-36-09/2019 (Guaman 36) sejak 3.9.2019 – Guaman 36 telah diselesaikan melalui Perjanjian Penyelesaian bertarikh 1.6.2020 dengan jumlah penyelesaian RM2,227,316.63 yang mensyaratkan supaya sebahagian jumlah penyelesaian berjumlah RM1,101,000.00 dipenuhi melalui kaedah kontra atau tolakan daripada pangsapuri Unit 46-12 dan Unit 15-15 tersebut yang merupakan hal perkara dalam Saman Pemula ini – Defendan pertama dan Axisjaya merupakan entiti-entiti yang mempunyai perkaitan dengan Datuk Hoe Tze Fook (Datuk Hoe) yang merupakan pengarah dan pemegang saham terbesar dalam kedua-dua syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui DHB Holdings Sdn Bhd – Defendan-defendan mencabar tuntutan plaintif kerana plaintif gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah menurut seksyen 471 Akta Syarikat 2016 untuk memulakan Saman Pemula terhadap defendan pertama dan tidak menamakan Malaysian Trustee Berhad (MTB) dalam guaman ini meskipun plaintif tahu bahawa MTB mempunyai kepentingan sebagai pemegang gadaian terhadap Unit 46-12 dan Unit 15-15 menurut Debentur Spesifik (Kuchai East) bertarikh 20.4.2022 – Sama ada kegagalan plantif mendapatkan kebenaran Mahkamah menurut seksyen 471 Akta Syarikat 2016 untuk memulakan Saman Pemula terhadap defendan pertama merupakan suatu yang fatal – Sama ada tuntutan plaintif cacat kerana tidak menamakan Malaysian Trustee Berhad sebagai pihak dalam Tindakan ini – Sama ada Unit 46-12 dan Unit 15-15 tertakluk kepada gadaian menurut Debentur Spesifik bagi kepentingan Malaysian Trustee Berhad. UNDANG-UNDANG SYARIKAT: Plaintif perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum memfailkan Saman Pemula terhadap defendan pertama. Plaintif memfailkan permohonan kebenaran di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas guaman di sini dimulakan dan kebenaran diberikan pada 10.3.2025 – Peguam cara defendan tidak lagi membantah terhadap penerusan tindakan plaintif selepas dari perintah kebenaran diperolehi – Seksyen 471 Akta Syarikat 2016.
Practice Areas
SAMAN PEMULA: Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan untuk mendapatkan deklarasi berhubung dua unit pangsapuri di Kuchai East Residence yang terbit berikutan pertikaian antara plaintif dengan Axisjaya Sdn Bhd bermula dari Tindakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam Guaman No. BA-22C-36-09/2019 (Guaman 36) sejak 3.9.2019 UNDANG-UNDANG SYARIKAT: Plaintif perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum memfailkan Saman Pemula terhadap defendan pertama. Plaintif memfailkan permohonan kebenaran di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas guaman di sini dimulakan dan kebenaran diberikan pada 10.3.2025
Judges (1)
Case Significance
OCK M&E SDN BHD v 1. ) SERI MUTIARA DEVELOPMENT SDN BHD 2. ) LIM TIAN HUAT 3.... is a High Court (Mahkamah Tinggi) decision dated May 13, 2025 (citation: ba-24ncc-130-11-2024). The case was decided by Hazizah binti Kassim.
What was the outcome of OCK M&E SDN BHD v 1. ) SERI MUTIARA DEVELOPMENT SDN BHD 2. ) LIM TIAN HUAT 3....?
OCK M&E SDN BHD v 1. ) SERI MUTIARA DEVELOPMENT SDN BHD 2. ) LIM TIAN HUAT 3.... is a High Court decision dated May 13, 2025. The case was heard by Hazizah binti Kassim. See the full judgment for details.