1. ) MOHAMED NOR BIN ABU BAKAR 2. ) RAJA SARINAH BINTI RAJA ALIAS v 1. ) XXXX 2. ) MOHD EZMAN BIN ZAMANI 3. ) MOHAMMAD EZWAN BIN ZAMANI 4. ) JAMES GALLOWAY STEVENSON 5. ) NOOR AZEAN BINTI ZAMANI 6. ) HANAFI BIN SULIAMAN 7. ) ROSLINA BINTI IBRAHIM

ba-22ncc-96-07-2023 High Court (Mahkamah Tinggi) 26 May 2025 • BA-22NCC-96-07/2023

Catchwords

Tuntutan terhadap defendan-defendan untuk mendapatkan semula tunggakan baki Harga Tebusbalik Islamic Redeemable Preference Shares (RPS-i) yang telah ditawarkan oleh defendan pertama melalui Perjanjian Langganan yang dimasuki dengan plaintif-plaintif – Plaintif-plaintif memplidkan wujud konspirasi, penipuan dan penipuan salahnyataan oleh defendan-defendan terhadap plaintif-plaintif – Sama ada defendan-defendan telah dengan sengaja dan berniat jahat enggan dan/atau cuai melaksanakan kewajipan kontraktual di bawah Perjanjian Langganan termasuk membuat bayaran balik Harga Tebus balik kepada plaintif-plaintif – Sama ada defendan-defendan secara bersesama atau berasingan telah berkonspirasi, berkomplot menggunakan defendan pertama bagi melakukan penipuan dan penipuan salahnyataan terhadap plaintif-plaintif – Sama ada tirai perbadanan defendan pertama disingkap bagi membolehkan defendan kedua sehingga defendan ketujuh bertanggungan - Sama ada plaintif pertama dan kedua mempunyai locus standi untuk membawa tuntutan bagi pihak-pihak yang dinamakan dalam Lampiran 1 Writ Saman dan Lampiran 2 dan 3 dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 31 Julai 2023. Undang-Undang Syarikat: Notis Penebusan Awal bertarikh 6 Mei 2022 – Skim pelaburan yang dikendalikan oleh defendan pertama meskipun pada awalnya merupakan pelaburan yang sebenar/ genuine, namun telah tercemar dengan tindakan defendan pertama yang berjanji membuat penebusan awal tanpa mendedahkan keadaan kewangan sebenar defendan pertama – Penebusan saham keutamaan - subseksyen 72(4) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) Undang-undang Syarikat: Penyingkapan tirai perbadanan – Adakah penubuhan defendan pertama dengan tujuan menipu plaintif-plaintif – Sama ada defendan-defendan mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan dan perniagaan defendan pertama. Tatacara Sivil: Pliding – Keperluan memperincikan fakta-fakta yang membawa kepada frod dan salahnyataan frod dalam pliding – Pihak-pihak terikat dengan pliding. Tatacara Sivil: Prosiding representasi – Plaintif dan pihak yang diwakili berada dalam anggota kelas yang sama untuk membawa tuntutan terhadap defendan – Wujud perbezaan fakta keadaan tuntutan oleh plaintif pertama dan kedua dalam konteks tempoh langganan plaintif pertama telah pun tamat, manakala tempoh langganan plaintif kedua masih berterusan – Pernyataan Tuntutan hanya mengasingkan penama-penama dalam Lampiran 2 dan 3 mengikut kategori pihak yang telah menerima Perjanjian Langganan dan belum menerima Perjanjian Langganan - Sama ada penipuan atau salahnyataan penipuan yang menjadi kausa tindakan adalah sama ada serupa bagi setiap individu yang disenaraikan - Penyataan Tuntutan tidak memplidkan kategori penama-penama dalam Lampiran 1 sama ada Perjanjian Langganan masih berterusan atau pun telah tamat – Aturan 15 kaedah 12 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) Undang-undang Keterangan: Beban bukti - seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950.

Practice Areas

Judges (1)

Parties (9)

Case Significance

1. ) MOHAMED NOR BIN ABU BAKAR 2. ) RAJA SARINAH BINTI RAJA ALIAS v 1. ) XXXX... is a High Court (Mahkamah Tinggi) decision dated May 26, 2025 (citation: ba-22ncc-96-07-2023). The case was decided by Hazizah binti Kassim.

Key issues: Tatacara Sivil: Pliding – Keperluan memperincikan fakta-fakta yang membawa kepada frod dan salahnyataan frod dalam pliding – Pihak-pihak terikat dengan pliding..

What was the outcome of 1. ) MOHAMED NOR BIN ABU BAKAR 2. ) RAJA SARINAH BINTI RAJA ALIAS v 1. ) XXXX...?

1. ) MOHAMED NOR BIN ABU BAKAR 2. ) RAJA SARINAH BINTI RAJA ALIAS v 1. ) XXXX... is a High Court decision dated May 26, 2025. The case was heard by Hazizah binti Kassim. See the full judgment for details.