OKT dipertuduhkan dengan 4 pertuduhan memiliki dan 2 pertuduhan mengedar dadah berbahaya, kesemuanya 6 pertuduhan yang melibatkan 4 jenis dadah berbahaya yang berbeza. Setelah ditawarkan dengan pertuduhan pilihan di bawah pemilikan bagi 2 pertuduhan mengedar dadah berbahaya, OKT telah mengaku salah terhadap 2 pertuduhan pilihan tersebut dan 4 lagi pertuduhan pemilikan yang lain. Rayuan atas sabitan dan hukuman. Dalam mempertimbangkan hukuman, faktor kepentingan awam menjadi faktor utama. Turut dipertimbangkan bahawa OKT pesalah kali pertama dan telah mengaku salah atas pertuduhan pilihan dan pertuduhan-pertuduhan yang lain, sebaik tawaran dikemukakan oleh TPR. Namun begitu, faktor kepentingan awam, kesalahan dadah merupakan kesalahan serius, fakta kes, berat dan jenis dadah terlibat telah turut dipertimbangkan dalam menentukan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKT. Tiada hukuman sebatan diperintahkan kerana OKT tlh berumur 55 tahun pada tarikh hukuman dijatuhkan, selaras dengan sek 289(c) KTJ.

3 cases · July 2025 to July 2025

Court Distribution

Key People & Firms

Cases