M
Mohamad Ridhwan bin Syarizal
J 2 cases
About J Mohamad Ridhwan bin Syarizal
Mohamad Ridhwan bin Syarizal has been involved in 2 judgments in the MY Case Law database, spanning June 2025 to October 2025. These cases are from the High Court (2 cases). Mohamad Ridhwan bin Syarizal served as the delivering judge in 2 of these cases.
2
Total Cases
2
Delivered
0
Sat On (Coram)
How many cases has Mohamad Ridhwan bin Syarizal been involved in?
Mohamad Ridhwan bin Syarizal has been involved in 2 published judgments from June 2025 to October 2025, serving as the delivering judge in 2 of them. Cases span the High Court (2 cases).
Practice Areas
Pihak Pemiutang Penghakiman (JC) merupakan sebuah bank berlesen di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 yang menjalankan perniagaan perbankan. Pihak Penghutang Penghakiman (JD) pula merupakan pelanggan dan juga penjamin kepada Syarikat Utama Instedt (M) Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat Utama) yang telah membuat satu pinjaman pembiayaan dengan pihak JC. 1 Satu Penghakiman Ingkar Kehadiran telah dimasukkan terhadap Syarikat Utama dan juga JD pada 13 Mac 2024 dengan jumlah tuntutan sebanyak RM 2,683,275.85. Selanjutnya pihak Syarikat Utama juga telah digulungkan berdasarkan Perintah Penggulungan dari Mahkamah Tinggi Georgetown Pulau Pinang pada 4.6.2024. Lanjutan dari itu, pihak JC telah memfailkan Permintaan Untuk Mengeluarkan Notis Kebankrapan dan Notis Kebankrapan ke Mahkamah ini pada 21.11.2024. 1 Rentetan dari pemfailan Notis Kebankrapan (Kandungan 2) tersebut, terdapat 2 permohonan yang telah difailkan oleh kedua dua belah pihak ke Mahkamah iaitu Kandungan 4 dan juga Kandungan 23. Kandungan 4 merupakan permohonan yang difailkan oleh Pemiutang Penghakiman (JC) untuk mendapatkan kebenaran meneruskan tindakan kebankrapan terhadap JD yang merupakan Penjamin berdasarkan S.5 (3) (b) Akta Insolvensi 1967. 1 Manakala Kandungan 23 adalah berkenaan permohonan dari pihak Penghutang Penghakiman (JD) untuk mengenepikan Notis Kebankrapan Lampiran 2 atas alasan kegagalan dari pihak JC mendapatkan kebenaran Mahkamah berdasarkan S.5 (3) (b) Akta Insolvensi 1967. 1 Pihak Pemiutang Penghakiman (JC) merupakan sebuah Syarikat perbankan Islam serta menjalankan perniagaan perbankan di Malaysia. Pihak Penghutang Penghakiman (JD) pula merupakan pelanggan dan juga penjamin kepada Syarikat Utama Contact Enterprise Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat Utama). Syarikat utama yang telah membuat satu pinjaman pembiayaan dengan pihak JC dan JD merupakan penjamin bagi pembiayaan tersebut. 1 Satu Penghakiman Ingkar Kehadiran telah dimasukkan terhadap Syarikat Utama dan juga JD pada 28 September 2022 dengan jumlah tuntutan sebanyak RM 158,303.28 bagi CMTF-I 1 dan juga jumlah tunggakan sebanyak RM 2,947,644.92 bagi CMTF-I 2 setakat 31.7.2022. 1 Selanjutnya pihak Syarikat Utama telah digulungkan berdasarkan Perintah Penggulungan dari Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 26.11.2024. Lanjutan dari itu, pihak JC telah memfailkan Permintaan Untuk Mengeluarkan Notis Kebankrapan dan Notis Kebankrapan ke Mahkamah ini pada 12.2.2025. 1 Turut difailkan bersama dengan Notis Kebankrapan tersebut adalah Saman Dalam Kamar (Lampiran 3) bagi permohonan pihak JC untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah bagi meneruskan tindakan kebankrapan terhadap JD yang merupakan penjamin kepada Syarikat Utama berdasarkan S. 5 (3) (b) Akta Insolvensi 1967. 1