Pendakwa Raya v 1. ) GUNAWAN 2. ) AMRULLAH 3. ) SURYADI
Catchwords
"Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 - Ketiga-tiga tertuduh dituduh melaklukan kesalahan mengedar 26,788 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine - Tertuduh di katakan menaiki bot dan berhenti dipersisiran Pantai Klebang, Melaka - Barang dadah ditemui di atas bot bersesama kesemua Tertuduh Sebeleum memberi keterangan pegawai serbuan telah memohon meminda rujukan tempat kejadian dari "persisiran pantai di kawasan Jeti Pulau Upih, Klebang, Melaka" kepada "persisiran pantai, Klebang, Melaka" - keterangan dokumentar Laporan Polis dan Borang Geledah tetap menyatakan tempat kejadian sebagai "di persisiran pantai di kawasan Jeti Pulau Upih, Klebang, Melaka" - tiada laporan pembetulan untuk membetulkan maklumat itu - Dapatan : Terdapat percanggahan material antara keterangan lisan SP3 sebagai Pergawai Serbuan dan keterangan dokumentar - pihak Pendakwaan gagal mendapatkan penjelasan mengenai percanggahan itu - akibatnya terdapat 2 set keterangan yang bercanggah - banyak persoalan yang timbul mengenai dimana sebenarnya serbuan berlaku dan menenai milikan - kemungkinan berlakunya penyembunyian fakta/withholding of facts Keputusan: Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie - Kesemua tertuduh dilepas bebas dari Pertuduhan.
Practice Areas
Judges (1)
Judgment
Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.
Read on eJudgmentSource: eJudgment (ma-45a-20-12-2023)