PENDAKWA RAYA Pendakwa Raya TERTUDUH ABDUL HARIS BIN RAHMAT
Catchwords
Fakta Kes - Tertuduh telah dituduh dengan (4) empat pertuduhan pindaan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB). Pertuduhan pindaan pertama kerana memiliki dadah berbahaya jenis Heroin seberat bersih 0.88 gram yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) ADB, pertuduhan pindaan kedua kerana mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat bersih 85.83 gram yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) ADB, pertuduhan pindaan ketiga kerana memiliki kesan dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat bersih bahan 6.01 gram yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) dan pertuduhan tambahan (keempat) kerana memiliki dadah berbahaya jenis monoacetylmorphines seberat bersih 0.69 gram yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) ADB. Satu kes prima facie telah dibuktikan oleh Pendakwaan di akhir kes Pendakwaan dan seterusnya Mahkamah memanggil OKT untuk membela diri. Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa OKT telah gagal menimbulkan keraguan dalam kes Pendakwaan. OKT seterusnya telah disabitkan dan dihukum di atas semua pertuduhan ke atas dirinya. OKT telah tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah ini lalu memfailkan rayuan. Undang-Undang - Akta Dadah Berbahaya 1952 - Anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 Isu Undang-undang - Milikan, kawalan dan jagaan terhadap dadah berbahaya yang dipertuduhkan - Bilangan saksi Pendakwaan yang dipanggil - inferens di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 Isu Undang-Undang - Pengemukaan rakaman CCTV - Sijil di bawah seksyen 90A Akta Keterangan 1950
Practice Areas
Judges (1)
Case Significance
PENDAKWA RAYA Pendakwa Raya TERTUDUH ABDUL HARIS BIN RAHMAT is a High Court (Mahkamah Tinggi) decision dated April 9, 2025 (citation: ja-45a-89-12-2021). The case was decided by Suriyati Hasimah binti Mohd Hashim.
Key issues: Undang-Undang - Akta Dadah Berbahaya 1952 - Anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB 1952.
What was the outcome of PENDAKWA RAYA Pendakwa Raya TERTUDUH ABDUL HARIS BIN RAHMAT?
PENDAKWA RAYA Pendakwa Raya TERTUDUH ABDUL HARIS BIN RAHMAT is a High Court decision dated April 9, 2025. The case was heard by Suriyati Hasimah binti Mohd Hashim. See the full judgment for details.