Pendakwa Raya v SUNNY FONG GEN WEI
Catchwords
Tertuduh lepas bebas - Tertuduh dituduh mengedar dadah berbahaya seberat bersih 375.42 gram jenis Methamphetamine di bawah seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama - Di akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini mendapai Pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes Prima Facie terhadap OKT. OKT lepas dan bebas tanpa dipanggil untuk membela diri. Keputuan ini dibuat apabila Pendakwaan telah gagal membuktikan kes diluar keraguan munasabah terhadap OKT - Mahkamah ini mendapati wujudnya kelompangan yang serius dalam kes Pendakwaan di mana keterangan-keterangan sedia ada gagal meyakinkan Mahkamah bahawa OKT mempunyai milikan, jagaan dan kawalan terhadap dadah berbahaya yang dipertuduhkan. Rayuan terhadap perintah lepas bebas - Terkilan dengan keputusan Mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) telah memfailkan rayuan. Isu-isu - Ketidakpanggilan saksi-saksi yang berada di tempat kejadian - Information leading to discovery di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 - Pengetahuan tidak membuktikan milikan
Practice Areas
Judges (1)
Parties (2)
Judgment
Read the full judgment on the official Malaysia Courts portal.
Read on eJudgmentSource: eJudgment (ja-45a-59-04-2022)