HOTEL 77 SDN BHD v 1. ) PADUAN EKSKLUSIF SDN BHD 2. ) RAR ALAM BINA SDN BHD
Catchwords
TORT: Kecuaian — Kerosakan akibat banjir — Projek pembinaan sistem tebatan banjir — Dakwaan kegagalan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak banjir kilat — Sama ada defendan mempunyai kewajipan menjaga kepentingan terhadap plaintif — Sama ada kewajipan tersebut telah dilanggar — Sama ada wujud hubungan sebab-akibat antara pelanggaran dan kerugian — Sama ada plaintif berjaya membuktikan kecuaian atas imbangan kebarangkalian — Donoghue v Stevenson [1932] AC 562 dan Arab-Malaysian Finance Bhd v Stephan Phoa Cheng Loon [2003] 1 MLJ 567 dirujuk. KETERANGAN: Keterangan dokumentar — Laporan disediakan oleh pihak ketiga dan dikemukakan melalui saksi agensi — Pembuat laporan tidak dipanggil — Sama ada laporan boleh diterima di bawah s.73A Akta Keterangan 1950 — Keperluan best evidence rule — Kesan kegagalan memanggil pembuat laporan — Anggapan buruk di bawah s.114(g) Akta Keterangan 1950 — Live Capital Sdn Bhd v Pioneer Conglomerate Sdn Bhd [2025] 6 CLJ 855 digunakan; Mahmod Kailan v Goh Seng Choon & Anor [1976] 2 MLJ 239 diikuti. PROSEDUR SIVIL: Beban pembuktian — Plaintif mendakwa kecuaian — Kegagalan mengemukakan dokumen yang boleh diterima — Sama ada beban pembuktian beralih kepada defendan — Seksyen 101–102 Akta Keterangan 1950 dirujuk. PEMBELAAN: Act of God — Banjir kilat disebabkan hujan lebat dan fenomena air pasang — Sama ada kejadian boleh dijangka dan dielakkan dengan langkah munasabah — Unsur utama pembelaan act of God — Punca semula jadi dan ketidakbolehjangkaan — Hoon Wee Thim v Pacific Tin Consolidated Corporation [1966] 2 MLJ 240 dirujuk. Fakta Kes Perayu ialah pemilik Amansari Hotel City Centre yang terletak di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru. Responden Pertama dan Kedua ialah syarikat yang terlibat dalam projek Sistem Tebatan Banjir dan Rangkaian Paip Pembetungan Sungai Segget, di bawah pengawasan Iskandar Regional Development Authority (IRDA). Perayu mendakwa bahawa akibat daripada kecuaian dan kegagalan responden-responden dalam melaksanakan kerja-kerja projek dengan sempurna, banjir kilat pada 16 November 2015 telah menyebabkan air Sungai Segget melimpah masuk ke hotel miliknya, mengakibatkan kerosakan dan kerugian. Responden-responden menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga yang wajar dan bahawa kejadian tersebut merupakan bencana alam (Act of God) yang berpunca daripada fenomena air pasang dan hujan lebat yang luar biasa. Mahkamah Sesyen menolak tuntutan perayu setelah mendapati laporan utama yang dikemukakan oleh perayu — Laporan Kejadian Banjir Kilat (ID7) yang disediakan oleh UR Rekacipta Sdn Bhd untuk IRDA — tidak boleh diterima sebagai keterangan kerana pembuat laporan tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Mahkamah juga memutuskan bahawa perayu gagal membuktikan unsur-unsur kecuaian. Rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi. Diputuskan (Rayuan ditolak dengan kos RM5,000): Keterangan dokumentar (Admissibility): Laporan ID7 tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah seksyen 73A Akta Keterangan 1950 kerana pembuat laporan tidak dipanggil dan tiada usaha munasabah dibuat untuk mengesahkan ketulenan atau kehadirannya. Saksi SP3 daripada IRDA bukan pembuat laporan dan tidak mempunyai pengetahuan langsung terhadap kandungannya. Prinsip best evidence rule terpakai dan mahkamah berhak menarik anggapan buruk di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. (Live Capital Sdn Bhd v Pioneer Conglomerate Sdn Bhd [2025] 6 CLJ 855 digunakan; Mahmod Kailan v Goh Seng Choon & Anor [1976] 2 MLJ 239 diikuti). Beban pembuktian: Beban undang-undang adalah pada perayu untuk membuktikan kes kecuaian terhadap responden-responden. Tanpa keterangan dokumentar yang boleh diterima, perayu gagal menubuhkan kes prima facie, dan oleh itu beban pembuktian tidak beralih kepada responden. (Donoghue v Stevenson [1932] AC 562; Arab-Malaysian Finan
Practice Areas
TORT: Kecuaian KETERANGAN: Keterangan dokumentar PROSEDUR SIVIL: Beban pembuktian PEMBELAAN: Act of God Fakta Kes Perayu ialah pemilik Amansari Hotel City Centre yang terletak di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru. Responden Pertama dan Kedua ialah syarikat yang terlibat dalam projek Sistem Tebatan Banjir dan Rangkaian Paip Pembetungan Sungai Segget, di bawah pengawasan Iskandar Regional Development Authority (IRDA). Perayu mendakwa bahawa akibat daripada kecuaian dan kegagalan responden-responden dalam melaksanakan kerja-kerja projek dengan sempurna, banjir kilat pada 16 November 2015 telah menyebabkan air Sungai Segget melimpah masuk ke hotel miliknya, mengakibatkan kerosakan dan kerugian. Responden-responden menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga yang wajar dan bahawa kejadian tersebut merupakan bencana alam (Act of God) yang berpunca daripada fenomena air pasang dan hujan lebat yang luar biasa. Mahkamah Sesyen menolak tuntutan perayu setelah mendapati laporan utama yang dikemukakan oleh perayu Keterangan dokumentar (Admissibility): Laporan ID7 tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah seksyen 73A Akta Keterangan 1950 kerana pembuat laporan tidak dipanggil dan tiada usaha munasabah dibuat untuk mengesahkan ketulenan atau kehadirannya. Saksi SP3 daripada IRDA bukan pembuat laporan dan tidak mempunyai pengetahuan langsung terhadap kandungannya. Prinsip best evidence rule terpakai dan mahkamah berhak menarik anggapan buruk di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. (Live Capital Sdn Bhd v Pioneer Conglomerate Sdn Bhd 2025 6 CLJ 855 digunakan; Mahmod Kailan v Goh Seng Choon & Anor 1976 2 MLJ 239 diikuti). Beban pembuktian: Beban undang-undang adalah pada perayu untuk membuktikan kes kecuaian terhadap responden-responden. Tanpa keterangan dokumentar yang boleh diterima, perayu gagal menubuhkan kes prima facie, dan oleh itu beban pembuktian tidak beralih kepada responden. (Donoghue v Stevenson 1932 AC 562; Arab-Malaysian Finan
Judges (1)
Case Significance
HOTEL 77 SDN BHD v 1. ) PADUAN EKSKLUSIF SDN BHD 2. ) RAR ALAM BINA SDN BHD is a High Court (Mahkamah Tinggi) decision dated September 17, 2025 (citation: ja-12b-8-03-2024). The case was decided by Manira binti Mohd Nor.
What was the outcome of HOTEL 77 SDN BHD v 1. ) PADUAN EKSKLUSIF SDN BHD 2. ) RAR ALAM BINA SDN BHD?
HOTEL 77 SDN BHD v 1. ) PADUAN EKSKLUSIF SDN BHD 2. ) RAR ALAM BINA SDN BHD is a High Court decision dated September 17, 2025. The case was heard by Manira binti Mohd Nor. See the full judgment for details.