KESHAVA NAIR A/L MAHENDRAN v Pendakwa Raya
Catchwords
Permohonan jenayah - untuk pertuduhan diketepikan disebabkan tiada perintah dikeluarkan oleh Mahkamah bagi perbicaraan dijalankan secara bersama dengan tertuduh lain di bawah s. 170 Kanun Acara Jenayah dan butiran dalam pertuduhan tersebut adalah tidak jelas dan memprejudis Pemohon Prosedur jenayah – perbicaraan bersama - s. 170 KAJ memberi kuasa kepada mahkamah untuk membicarakan seseorang yang dituduh sama ada secara bersama atau berasingan - tidak menetapkan mana-mana pihak sama ada pendakwaan atau tertuduh untuk membuat permohonan secara rasmi bagi membolehkan seseorang tertuduh dibicarakan secara bersama dengan tertuduh yang lain - kuasa diberikan sepenuhnya kepada mahkamah mengikut budibicara mutlaknya berdasarkan kepada fakta kes untuk menetapkan seseorang tertuduh dibicarakan secara bersama atau berasingan - selama mana proses penetapan perbicaraan Pemohon secara bersama serta penetapan tarikh bicara berkenaan tidak mendatangkan prejudis atau ketakadilan terhadap Pemohon, maka ketiadaan perintah mahkamah pada 20.2.2025 dalam perkara ini tidak menjejaskan prosiding berkenaan Pertuduhan - s. 130V(1) Kanun Kesiksaan - dengan menganggotai kumpulan jenayah terancang sahaja seseorang itu telah melakukan kesalahan - memadai dengan menyatakan nama kesalahan berkenaan sahaja beserta tarikh, tempat, kesalahan dan seksyen dalam pertuduhan - kekurangan butiran dalam sesuatu pertuduhan bukanlah sesuatu yang material dan menjejaskan pertuduhan tersebut melainkan ia mengelirukan tertuduh.
Practice Areas
Judges (1)
Case Significance
KESHAVA NAIR A/L MAHENDRAN v Pendakwa Raya is a High Court (Mahkamah Tinggi) decision dated July 28, 2025 (citation: bl-44-10-04-2025). The case was decided by Shamsulbahri bin Haji Ibrahim.
What was the outcome of KESHAVA NAIR A/L MAHENDRAN v Pendakwa Raya?
KESHAVA NAIR A/L MAHENDRAN v Pendakwa Raya is a High Court decision dated July 28, 2025. The case was heard by Shamsulbahri bin Haji Ibrahim. See the full judgment for details.