1. ) HARI KRSHNAN A/L S.K. PUVANESWARAN 2. ) MEGHANA A/P POOVANESWARAN v 1. ) KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA 2. ) MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA 3. ) Kerajaan Malaysia
Catchwords
SAMAN PEMULA: Tuntutan plaintif-plaintif untuk mendapatkan status kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang bagi anak angkat yang dipelihara sejak bulan Julai 2010 – Plaintif-plaintif merupakan pasangan suami isteri yang teleh bersepakat untuk mengambil anak angkat setelah plaintif kedua disahkan mengidap penyakit Hodgkin yang menyebabkan peluang untuk hamil rendah. Usaha plaintif-plaintif untuk mendapat anak melalui kaedah persenyawaan in-vitro juga gagal – Sekitar bulan Julai 2010, plaintif kedua menerima panggilan telefon daripada jururawat di Poliklinik Indra dan Pusat Bersalin Klang (Klinik Indra) – Jururawat memaklumkan terdapat bayi yang baharu dilahirkan di Klinik Indra. Oleh kerana kelahiran tersebut secara tidak sah, ibu kandung bayi tersebut enggan membesarkan bayi tersebut dan telah diserahkan kepada Klinik Indra untuk tujuan pengangkatan – Plaintif-plaintif tidak mengetahui identiti ibu bapa kandung anak tersebut dan dimaklumkan bahawa ibu bapa kandung anak tersebut enggan mendaftar kelahiran anak tersebut dan tidak mahu dicatat sebagai ibu bapa kandung – Plaintif-plaintif telah mendaftarkan kelahiran anak tersebut di JPN Klang pada 9.7.2010 dan Sijil Kelahiran No. Daftar CJ43381 dan MyKid anak tersebut telah dikeluarkan – Ketepatan Sijil Kelahiran Pertama anak tersebut telah dipersoalkan dan disiasat oleh JPN ketiga plaintif pertama membawa anak tersebut yang berusia 12 tahun memohon kad pengenalan di JPN Klang – Pihak JPN Klang enggan mengeluarkan kad pengenalan bagi anak tersebut dan Sijil Kelahiran Pertama dibatalkan – Selepas meminda maklumat nama ibu bapa, JPN mengeluarkan Sijil Kelahiran Kedua yang mengandungi catatan kewarganegaraan belum ditentukan dan maklumat ibu bapa tidak diketahui – Selanjutnya Sijil Kelahiran menurut Seksyen 25A Akta Pengangkatan 1953 dikeluarkan bagi anak tersebut dengan status anak bukan warganegara dan maklumat plaintif-plaintif sebagai ibu bapa. UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN: Sama ada anak tersebut merupakan warganegara menurut Perkara 14(1)(b) dibaca bersama seksyen 1(a) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan – Sama ada anak tersebut adalah warganegara menurut Bahagian II Seksyen 1(e) dibaca bersama Seksyen 2(3) Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan dan dilahirkan oleh ibu yang merupakan pemastautin tetap di Malaysia menurut Bahagian III Seksyen 19B Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan – Sama ada anak tersebut adalah seorang warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang menurut Perkara 14(1)(b) dan Bahagian II Seksyen 1(a) Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan berdasarkan status kewarganegaraan ibu bapa angkat – Perkara 14(1)(b) dan Bahagian II Seksyen 1(a) Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan dan Bahagian III Seksyen 19B Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.
Practice Areas
SAMAN PEMULA: Tuntutan plaintif-plaintif untuk mendapatkan status kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang bagi anak angkat yang dipelihara sejak bulan Julai 2010 UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN: Sama ada anak tersebut merupakan warganegara menurut Perkara 14(1)(b) dibaca bersama seksyen 1(a) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan
Judges (1)
Case Significance
1. ) HARI KRSHNAN A/L S.K. PUVANESWARAN 2. ) MEGHANA A/P POOVANESWARAN v 1. )... is a High Court (Mahkamah Tinggi) decision dated November 5, 2025 (citation: ba-24-18-07-2025). The case was decided by Hazizah binti Kassim.
What was the outcome of 1. ) HARI KRSHNAN A/L S.K. PUVANESWARAN 2. ) MEGHANA A/P POOVANESWARAN v 1. )...?
1. ) HARI KRSHNAN A/L S.K. PUVANESWARAN 2. ) MEGHANA A/P POOVANESWARAN v 1. )... is a High Court decision dated November 5, 2025. The case was heard by Hazizah binti Kassim. See the full judgment for details.