EDDY AMIR BIN SALIM v NURUL AMIN BIN ABDULLAH

ba-23cy-6-04-2023 High Court (Mahkamah Tinggi) 11 December 2025 • BA-23CY-6-04/2023 • 3 min read

Catchwords

1. Bukanlah satu keterlaluan untuk menyatakan bahawa kenyataan/penerbitan yang dipertikaikan dan menjadi subjek tuntutan fitnah ini adalah “amat menjijikkan”. 2. Namun demikian, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini untuk membuat penentuan berlandaskan kes yang telah difailkan serta diplidkan, menurut isu-isu di hadapan Mahkamah ini dan berdasarkan kepada fakta dan keterangan yang telah dikemukakan. Isu-isu untuk Penentuan oleh Mahkamah 3. Persoalan pertama ialah sama ada kenyataan/penerbitan yang dipertikaikan dan menjadi subjek tuntutan fitnah ini merupakan fitnah mengikut prinsip undang-undang yang matang dan yang telah ditetapkan oleh undang-undang kes sebelum ini. 4. Sekiranya jawapan kepada persoalan di atas adalah negatif, maka Plaintif telah gagal dalam tuntutan beliau. 5. Akan tetapi, sekiranya Plaintif telah bejaya dalam membuktikan ujudnya elemen-elemen untuk suatu kausa tindakan fitnah, persoalan atau isu kedua ialah sama ada Defendan dapat bergantung kepada mana-mana satu daripada pembelaan yang diperuntukkan oleh undang-undang. 6. Sekiranya jawapan kepada persoalan ini adalah ya, maka tuntutan oleh Plaintif juga akan ditolak oleh Mahkamah. 7. Akan tetapi, sekiranya Defendan gagal membangkitkan mana-mana pembelaan yang telah ditetapkan di bawah undang-undang fitnah, maka tuntutan Plaintif akan dianggap sebagai telah berjaya. 8. Persoalan atau isu pertama dan kedua adalah berkaitan dengan penentuan aspek liabiliti. 9. Sekiranya Plaintif telah berjaya dari segi atau aspek liabiliti, persoalan dan isu seterusnya adalah mengenai aspek kuantum yang layak diawadkan kepada beliau. 10. Undang-Undang serta prinsip yang terpakai untuk aspek kuantum juga merupakan undang-undang matang. Penentuan isu atau soalan ini akan bergantung semata-mata terhadap fakta kes ini serta keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini.

Practice Areas

Judges (1)

Parties (2)

Case Significance

EDDY AMIR BIN SALIM v NURUL AMIN BIN ABDULLAH is a High Court (Mahkamah Tinggi) decision dated December 11, 2025 (citation: ba-23cy-6-04-2023). The case was decided by Choong Yeow Choy.

What was the outcome of EDDY AMIR BIN SALIM v NURUL AMIN BIN ABDULLAH?

EDDY AMIR BIN SALIM v NURUL AMIN BIN ABDULLAH is a High Court decision dated December 11, 2025. The case was heard by Choong Yeow Choy. See the full judgment for details.