GME Global Automotive (M) Sdn Bhd v 1. ) RIDUAN BIN MAUDIN 2. ) AMIR BIN AZAHAR 3. ) DSR CORPORATE SERVICES (M) SDN BHD 4. ) DSR MANAGEMENT & CONSULTANCY (M) SDN BHD

ba-22ncvc-461-11-2023 High Court (Mahkamah Tinggi) 27 November 2025 • BA-22NCvC-461-11/2023 • 29 min read
11 cases cited (0 SG, 11 foreign)

Catchwords

BICARA PENUH: Tuntutan plaintif berkisar tentang penawaran sebahagian tanah Lot 9 Plot B-3-6, Batu 2 ½, Jalan Cheras Kuala Lumpur (dirujuk sebagai Lot 9) oleh defendan pertama kepada plaintif untuk perniagaan kereta terpakai. Plaintif bersetuju dan telah membuat beberapa kali pembayaran wang untuk tempahan, deposit sewa dan kos bagi kerja-kerja ubahsuai kepada defendan pertama dan defendan keempat yang keseluruhan berjumlah RM177,300.00 selain bayaran RM1,440.00 sebagai duti setem bagi Perjanjian Kontrak Perkhidmatan yang telah dimasuki oleh plaintif dengan defendan ketiga pada 1.7.2023 – Selepas mengambil milikan kosong Lot 9 tersebut daripada defendan-defendan, plaintif telah menerima notis untuk mengosongkan tanah daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) bertarikh 17.8.2023 yang menyatakan plaintif menduduki tanah tanpa kebenaran dan menuntut plaintif memulangkan milikan kosong selain tanah tersebut telah disewakan oleh PTGWP kepada pihak ketiga – Tanpa menunggu penjelasan dan tindakan lanjut daripada defendan-defendan, plaintif telah pergi ke pejabat PTGWP dan mendapatkan makluman bahawa defendan-defendan tidak mempunyai hak yang sah atas Lot 9 tersebut – Plaintif menuntut defendan-defendan telah berkonspirasi dengan niat jahat mendorong plaintif membayar wang kepada defendan-defendan sehingga menyebabkan plaintif mengalami kerugian. UNDANG-UNDANG TORT: Pernyataan Tuntutan plaintif memplidkan fakta defendan pertama mengurus sebidang tanah dikenali Lot 9, Plot B-3-6, Batu 2 ½ Jalan Cheras, Kuala Lumpur – Lot 9 yang disewakan oleh PTP kepada defendan keempat adalah merujuk kepada sebahagian Lot 9 yang terletak diantara kawasan 53 dan 56 yang ditunjukkan melalui kawasan berlorek dalam Pelan Rajah 1 dan tidak termasuk kawasan Lot 9 (53 dan 56) – Kawasan yang dinyatakan dalam Notis pengosongan adalah Lot 9 (53) – Sama ada representasi defendan pertama kepada plaintif bahawa defendan pertama mengurus tanah tersebut dan plaintif berhak menduduki tanah tersebut adalah dibuat secara frod – Sama ada plaintif telah membuat bayaran kepada defendan pertama dan keempat berjumlah RM177,300 untuk tujuan penggunaan tanah tersebut atas dorongan defendan pertama dan representasi tersebut – Sama ada defendan ketiga telah bersesama dan/atau secara berasingan dengan defendan pertama memasuki Perjanjian Kontrak Perkhidmatan dengan plaintif dan membuat representasi frod kepada plaintif bahawa ia mampu untuk menyediakan tanah tersebut untuk kegunaan plaintif dan plaintif berhak untuk menduduki tanah tersebut – Sama ada defendan pertama telah menyebabkan defendan ketiga dan keempat digunakan sebagai entiti untuk menipu plaintif memasuki Perjanjian Kontrak Perkhidmatan dan seterusnya untuk menerima wang daripada plaintif berbangkit daripada pengunaan tanah tersebut.

Practice Areas

Judges (1)

Counsel (5)

Parties (5)

Case Significance

GME Global Automotive (M) Sdn Bhd v 1. ) RIDUAN BIN MAUDIN 2. ) AMIR BIN AZAH... is a High Court (Mahkamah Tinggi) decision dated November 27, 2025 (citation: ba-22ncvc-461-11-2023). <p>A used car company sued the first defendant and his corporate entities for fraud, alleging they induced payments of RM177,300 for use of government land that the defendants had no lawful right over. After full trial, the High Court dismissed the plaintiff's claim, finding the plaintiff failed to prove fraud as the defendants held a lease for a different portion of the land. The defendants' counterclaim was partially allowed, with RM500,000 and RM330,000 awarded against the plaintiff.</p> The case was decided by Hazizah binti Kassim. Counsel appearing: Abdul Razak bin Abu Bakar (counsel for defendant), Amizaizul Izral bin Amran (counsel for defendant), Mah Mun Yan (counsel for plaintiff).

Summary

A used car company sued the first defendant and his corporate entities for fraud, alleging they induced payments of RM177,300 for use of government land that the defendants had no lawful right over. After full trial, the High Court dismissed the plaintiff's claim, finding the plaintiff failed to prove fraud as the defendants held a lease for a different portion of the land. The defendants' counterclaim was partially allowed, with RM500,000 and RM330,000 awarded against the plaintiff.

What was the outcome of GME Global Automotive (M) Sdn Bhd v 1. ) RIDUAN BIN MAUDIN 2. ) AMIR BIN AZAH...?

<p>A used car company sued the first defendant and his corporate entities for fraud, alleging they induced payments of RM177,300 for use of government...

Statutes Cited

Cases Cited (11)

UK (1)
[1941] 2 All ER 205
MY (10)
[1968] 1 MLJ 170 [1981] 1 MLJ 139 [1992] 2 MLJ 86 [1995] 2 MLJ 493 [1998] 1 MLJ 393 [2014] 4 MLJ 465 [2015] 1 MLJ 284 [2015] 5 MLJ 1 [2016] 2 CLJ 414 [2024] 12 MLJ 179