DAMODRAN PREMKUMAR A/L VIGIA KUMARIAN v Pendakwa Raya [Pendakwa Raya]
Catchwords
Pengenalan - Damodran Premkumar a/l Vigia Kumaran (Perayu) telah dipertuduhkan dengan kesalahan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) – Di akhir kes pendakwaan, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh di atas penilaian maksima mendapati di akhir kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Perayu di atas pertuduhan yang dihadapinya. Oleh yang demikian, Perayu dipanggil membela diri. Di akhir kes Pembelaan, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan Perayu telah gagal menimbulkan keraguan munasabah. Oleh itu, pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui suatu kerugian yang munasabah. Perayu telah didapati bersalah dan disabitkan di atas pertuduhan yang dihadapinya. Perayu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Terkilan dengan keputusan tersebut, Perayu telah merayu terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi dengan membangkitkan isu-isu berikut: Isu 1 – Identiti Barang Kes – SP2 menyatakan ada dua paket plastik yang dibawa oleh pegawai penyiasat ke Unit Forensik untuk pengesanan cap jari – ini telah menimbulkan keraguan tentang identiti ekshibit dadah tersebut – setelah menyemak keterangan SP2, Mahkamah rayuan berpendapat SP2 telah mengaku membuat kesilapan dalam pernyataan saksinya apabila menyatakan bahawa pegawai penyiasat telah membawa 2 paket ke Unit Forensik untuk pengesanan cap jari – SP2 telah memberi penjelasan di atas kesilapan tersebut dan dibenarkan membuat pindaan kepada pernyataan saksinya – Oleh itu, Mahkamah Rayuan memutuskan isu ini tidak bermerit dan wajar ditolak. Isu 2 – Percanggahan dalam Keterangan SP4 Dan SP5 tentang lokasi penemuan barang kes – Mahkamah Rayuan mendapati kedua-dua SP4 dan SP5 menyatakan bahawa beg pinggang yang dipegang oleh Perayu dicampak di kawasan semak di hadapan rumah yang ditandakan “X” di gambar E (Ekshibit P8(E)) (rujuk keterangan SP4 di muka surat 43 dan 44, keterangan SP5 di muka surat 73 dan 74 RR Jilid 2) – Mahkamah Rayuan bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa keterangan SP4 dan SP5 yang mengaitkan Perayu dengan barang kes P15 berserta kandungan adalah mantap dan kredibel – keterangan SP4 dan SP5 jelas menunjukkan bahawa barang kes tersebut adalah dalam milikan dan kawalan Perayu – perbuatan Perayu mencampakkan beg pinggangnya P15 yang mengandungi dadah berbahaya tersebut dan cuba melarikan diri dan bergelut sebelum berjaya ditangkap oleh polis jelas menunjukkan Perayu mempunyai pengetahuan tentang kandungan beg pinggang P15 tersebut. Isu 3, 4 dan 5 – Integriti serta rantaian keterangan borang kes – (i) borang geledah tidak dibuat di tempat kejadian – (ii) senarai geledah tidak menyatakan di mana beg pinggang berwarna hijau (P15) dijumpai – (iii) ketuanpunyaan kad Touch n Go tidak disiasat – Mahkamah Rayuan mendapati SP4 telah menjelaskan bahawa borang geledah tidak sesuai dibuat di tempat kejadian – SP4 telah menyatakan secara terperinci apa barang kes yang dirampas daripada Perayu dan di mana dirampas (rujuk Borang Senarai Geledah ekshibit P23) – Mahkamah Rayuan bersetuju bahawa kegagalan pegawai penyiasat untuk menyiasat siapa pemilik kad “Touch n Go” tidak menjejaskan kes pendakwaan – sekalipun kad “Touch n Go” itu milik orang lain, isu kawalan dan jagaan ke atas beg pinggang P15 daripada keterangan SP4 dan SP5 telah jelas menunjukkan ianya adalah milik Perayu – Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat dapatan fakta yang betul berdasarkan keterangan yang ada – Mahkamah Rayuan tidak ada sebab untuk mengganggu dapatan fakta tersebut. Isu 6 – Kegagalan pegawai penyiasat menyiasat siapa penghuni atau pemilik rumah – berdasarkan keterangan saksi-saksi, barang kes telah dicampak oleh Perayu di tepi rumah di tempat kejadian – Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kegagalan pegawai penyiasat untuk menyiasat siapa penghuni atau pemilik rumah tidak menjejaskan kes pendakwaan – tiada apa-apa keperluan untuk
Practice Areas
Pengenalan Di akhir kes Pembelaan, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan Perayu telah gagal menimbulkan keraguan munasabah. Oleh itu, pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui suatu kerugian yang munasabah. Perayu telah didapati bersalah dan disabitkan di atas pertuduhan yang dihadapinya. Perayu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Terkilan dengan keputusan tersebut, Perayu telah merayu terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi dengan membangkitkan isu-isu berikut: Isu 1 Isu 2 Isu 3, 4 dan 5 Isu 6
Judges (3)
Case Significance
DAMODRAN PREMKUMAR A/L VIGIA KUMARIAN v Pendakwa Raya [Pendakwa Raya] is a Court of Appeal (Mahkamah Rayuan) decision dated July 31, 2022 (citation: a-05m-27-01-2020). The panel comprised Hanipah binti Farikullah, Nordin bin Hassan and Wira Hj Ahmad Nasfy bin Hj Yasin, with Hanipah binti Farikullah delivering the judgment.
Key issues: Terkilan dengan keputusan tersebut, Perayu telah merayu terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi dengan membangkitkan isu-isu berikut:.
What was the outcome of DAMODRAN PREMKUMAR A/L VIGIA KUMARIAN v Pendakwa Raya [Pendakwa Raya]?
DAMODRAN PREMKUMAR A/L VIGIA KUMARIAN v Pendakwa Raya [Pendakwa Raya] is a Court of Appeal decision dated July 31, 2022. The case was heard by Hanipah binti Farikullah. See the full judgment for details.